(VIDEO) “Cara Tak Betul Bro..” – Tiktokers Dikecam Netizen Kerana Campak Duit Untuk Sedekah Ramadan

Bila menjelmanya bulan Ramadan, ramai insan berpusu-pusu ingin melakukan ibadah seperti bersedekah dan sebagainya.

Dijanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda, seorang pengguna media sosial TikTok dilihat memuat naik sebuah video di mana dia memaklumkan ingin memberi RM1,000 kepada 10 orang bertuah sempena Ramadan ini.

Dalam video tersebut, pemuda tersebut telah melemparkan wang bernot RM50 sambil menayangkan kereta mewah miliknya.

Tidak senang dengan perlakuan tersebut, ramai netizen meninggalkan komen yang mengecam tindakan pemuda tersebut yang dianggap ingin menunjuk-nunjuk segala kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya.

twitterSumber : Twitter  

Malah, ada juga yang ‘menyeru’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya memeriksa pemuda tersebut sama ada membayar cukai atau tidak.

Niat nak bantu orang tu dah betul, tapi cara ni tak betul bro. Amenda baling duit macam ni, bulan puasa ni mat.

Diharap ‘influencer’ atau selebriti media sosial lebih berhati-hati dalam membuat ‘content’, kang tak pasal-pasal anda pula yang tular.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.