(VIDEO) “Kembang tekak aku”- Netizen Loya Lihat Wanita Makan Guna Kuku Panjang di TikTok

Kebersihan diri adalah salah satu perkara yang harus diambil berat oleh setiap individu kerana ianya mewakili penampilan seseorang.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang tidak mengambil kisah tentang kebersihan diri mereka.

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok yang memaparkan video seorang wanita makan dengan menggunakan kuku yang panjang.

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Dewiyahya79 itu telah memuat naik sebuah video untuk menjawab pertanyaan dari salah seorang pengikutnya  di TikTok.

Video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat berikut menunjukkan wanita berkenaan menunjukkan cara makan makanan dengan menggunakan kuku yang panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa terhadap warganet yang menonton video tersebut.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan mempersoalkan bagaimana wanita itu melakukan perkara lain dengan kuku yang panjang itu.

Selain itu, ada yang turut mempersoalkan wanita tersebut tentang keberrsihan kerana memiliki kuku sepanjang itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.