“Gelilah!” – Lelaki Hantar Isteri Ke Sekolah, Netizen Mohon Jangan Normalisasikan Kahwin Muda

Semakin hari, sudah semakin kerap kita dengari ataupun lihat berita tentang pasangan bernikah ketika dibangku sekolah.

Seperti video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna dalam platform Twitter baru-baru ini, kelihatan si suami sedang menghantar isterinya pergi ke sekolah.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengecam pasangan tersebut kerana merasakan hal seperti itu tidak patut dinormalisasikan di negara ini.

Tidak mempunyai sebarang info berkenaan umur si isteri, tetapi lihat pada video berkenaan, gadis tersebut seakan-akan dalam lingkungan umur belasan tahun yang kini sedang bersekolah di sekolah menengah.

Lihat di ruangan komen ciapan tersebut, ada netizen mempertikaikan bagaimana mereka boleh membuat keputusan untuk kahwin pada usia sebegitu, sedangkan sedar pendapatan ketika itu masih belum stabil dan belum cukup matang untuk menghadapi ujian berumah tangga.

komen twitter

Biarpun ramai yang mengecam, ada juga sesetengah netizen merasakan hal itu tidak sepatutnya diperbesarkan, kerana ia merupakan jodoh, siapalah manusia untuk menghalangnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.