“Kami ‘Noob Sikit..” – ‘First Time’ Niaga Di Bazar, Peniaga Pasrah Air Balang Jatuh Atas Jalan

Sudah pasti apabila tibanya bulan Ramadan, peniaga akan mengambil kesempatan ini untuk memulakan perniagaan mereka di bazar, tidak kira peniaga lama ataupun yang baru.

Bercakap tentang perniagaan, ujian sepanjang berniaga sememangnya satu perkara yang tidak dapat dielak oleh peniaga.

Seperti video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang peniaga baru-baru ini, kelihatan air balang yang hendak dijual di bazar Ramadan tumpah sepenuhnya di atas jalan.

Difahamkan, jejaka itu baru saja memulakan perniagaan buat kali pertama bersama rakan di bazar, jadinya apabila insiden itu berlaku, mereka terdiam seribu bahasa kerana terlalu terkejut.

Punca sebab kaki meja tak kuat. Kami baru berniaga jadi noob lah sikit.

Menjelaskan bagaimana boleh berlaku, jejaka itu memberitahu kerana baru berjinak dalam dunia perniagaan, mereka tidak tahu untuk memilih barang yang betul dan elok.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen turut simpati dengan insiden yang berlaku ke atas mereka serta memberi cadangan dimana mereka boleh membeli barang yang elok untuk berniaga.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.