“Orang Biasa Pun Boleh Jatuh..” – Netizen Kritik Laluan OKU Dibina Terlebih Curam

Pembinaan laluan khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlulah dibina berdasarkan spesifikasi khas dan tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia melibatkan keselamatan pengguna.

Jika sebelum ini, tular di media sosial mengenai penyalahgunaan kotak parkir OKU yang menjadi tapak perniagaaan dan sebagainya, namun tidak kurang juga dengan pembinaan ‘ramp’ untuk kegunaan warga OKU yang menggunakan kerusi roda dalam aktiviti harian.

oku rampSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Dalam sebuah perkongsian di TikTok, seorang individu tampil meluahkan rasa geram dengan pembinaan laluan OKU yang didakwanya, terlebih curam dan membahayakan.

Kata individu itu, laluan tersebut itu sangat tinggi dan agak mustahil bagi seseorang yang menggunakan kerusi roda untuk menaikinya dan juga turun.

Orangnya turun dulu, wheelchair kat atas. – netizen

Curam betul tu! Sepatutnya perlu ikut spesifikasi kalau nak buat kemudahan untuk golongan OKU.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.