(VIDEO) “Kesian Budak Trauma” – Lelaki Kurang Siuman Pecah Masuk Tadika, Alasan Beri Roti Pada Anak

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki dilihat sedang membuat cubaan pecah masuk ke sebuah tadika di Telok Panglima Garang.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga asing yang menceroboh masuk ke dalam tadika dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya.

Difahamkan, guru bertugas pada ketika itu tidak membenarkan ibu bapa untuk masuk namun lelaki itu telah bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang oleh guru sebelum meluru masuk ke dalam kelas.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh di mana dia memaklumkan bahawa lelaki itu telah ditahan sekitar jam 10.30 malam di sekitar Taman Pahlawan Telok Panglima Garang.

kenyataan polisSumber : PDRM  

“Beberapa bapa kepada anak-anak di tadika tersebut yang menyedari kejadian itu telah bertindak menangkap suspel. Namun melepaskan kembali selepas menyedari suspek tidak siuman.” ujar Ahmad Ridhwan.

Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati lelaki warga Bangladesh itu tidak mendatangkan kecederaan dan didapati mempunyai masalah kesihatan mental.

Lelaki berusia 23 tahun yang tidak bekerja itu kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 449 Kanun Keseksaan.

SUMBER : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.