“Benci Habis Ni..”- Jadi Mangsa Penceraian, Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

Satu video dilaporkan telah tular di media sosial Twitter hari ini apabila ia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki telah dinafikan haknya untuk berjumpa dengan bapa kandungnya sendiri akibat penceraian.

Dalam video berdurasi 1 minit lebih itu, seorang lelaki dipercayai bapa kandung kanak-kanak tersebut dilihat menangis kerana dapat berjumpa anaknya setelah dihalang untuk berjumpa dan berhubung selama setahun.

Si bapa kemudiannya nekad untuk bertemu kanak-kanak tersebut di sekolah anaknya meskipun bapa tiri dan bekas isteri telah memanggil polis bagi menghalang niatnya itu.

Namun, pihak polis telah mengizinkan perjumpaan itu kerana tiada kesalahan untuk berbuat demikian

Apa yang menyedihkan adalah apabila si bapa berasa terkejut kerana anaknya itu telah ‘ditukar’ nama dan dibinkan dengan bapa tiri.

Twitter

Lelaki itu yang bertanya nama si anak kelihatan sedih dan hanya mampu menggelengkan kepala setelah kanak-kanak itu menjawab namanya yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih melihat nasib kanak-kanak itu yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa.

Ramai yang mendoakan agar si kecil itu menjadi anak yang soleh dan tidak melupakan bapa kandung sendiri apabila besar nanti.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.