“Ini Makan Dia..” – Edit Resit Pembayaran, Netizen Terhibur Lihat Wanita Ini Kenakan ‘Scammer’

Seorang pengguna media sosial Twitter semalam ada berkongsikan pengalaman lucu mengenai kakaknya yang telah ‘memperdaya’ kembali ‘scammer’ yang cuba untuk membeli manisan menerusi WhatsApp.

Dalam untaian Tweet tersebut, wanita itu bercerita tentang cara-cara ‘scammer’ itu cuba untuk menipu kakaknya dengan menghantar resit pembayaran yang telah disunting.

Malah, resit yang dihantar ‘scammer’ tersebut turut jelas kesan disunting dan nombor telefon individu itu juga telah dikesan sebagai ‘scammer’ di aplikasi Truecaller.

twitterSumber : Twitter  

Selain itu, ‘scammer’ itu juga berpura-pura menghantar resit yang salah dan meminta kakaknya untuk menghantar baki pembayaran amaun yang tersilap tadi.

Tidak melatah dengan perkara tersebut, si kakak itu kemudian enggan membayar kembali baki tetapi menawarkan ‘brownies’ sebagai ganjaran.

Setelah mengetahui taktiknya ‘kantoi’, ‘scammer’ tersebut telah menghalang akses WhatsApp kakaknya itu.

TwitterSumber : Twitter  

Terhibur dengan tindakan peniaga kek dan manisan itu, ramai netizen puas hati melihat ‘scammer’ tersebut gagal dalam modus operandi untuk mendapatkan wang secara haram.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.