“Ada Orang Kata Kami Lapar Kedarah” – Lebih 4 Juta ‘Views’, Netizen Menangis Tengok Video Adik Akid

Tular sebuah video di TikTok sejak semalam menunjukkan keadaan rumah usang didiami sebuah keluarga di Kelantan.

Video dimuat naik oleh akaun badan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction itu menunjukkan keadaan rumah tersebut di bahagian dalam dengan lebih terperinci.

Rumah itu terlihat sangat daif dengan beberapa bahagian tidak berbumbung atau dinding yang sempurna.

Anak kepada pasangan yang tinggal di rumah itu berada di rumah ketika kunjungan tersebut dan telah menceritakan serba sedikit kehidupan mereka sekeluarga.

Menurut adik Akid, dia sendiri juga perlu melakukan kerja-kerja di kampung untuk mendapat duit bagi membeli makanan seperti tepung dan bawang.

Ketika ditanya kerja apa yang dilakukan, Akid berkata dia akan vakum serta mencuci tandas dan kawasan surau. Selepas melakukan kerja itu, dia akan diberikan RM6.

Ramai netizen berasa sedih selepas mendapat tahu apa yang dilalui adik Akid serta keluarga. Apatah lagi dia mendedahkan bahawa ada pihak yang menuduh mereka meminta-minta.

Ada orang kata kat kami lapar kedarah (meminta). Ambil duit orang. Akid tak ambil pun. Orang benci, tah tahu kenapa orang benci.”

Menurut MyFundAction, pihak mereka sedang dalam usaha untuk mengumpul dana untuk membantu membina rumah baru buat keluarga itu.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.