“Kawasan Sekolah Mana Boleh Bawa Laju” – (VIDEO) Pemandu Kereta Langgar Beberapa Penunggang Motosikal Depan Sekolah

Baru-baru ini tular sebuah video kereta jenis Suzuki melanggar beberapa orang di hadapan sekolah dan video tersebut telah dikongsikan di Facebook.

Difahamkan bahawa kemalangan itu tdapat dirakam menerusi dua video CCTV dari sudut yang berbeza iaitu daripada rumah yang bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Selayang Baru.

Kejadian itu berlaku pada waktu petang iaitu waktu kemuncak ibu bapa mengambil anak pulang daripada sekolah. Menurut maklumat yang diperolehi, kawasan di situ sempit, dan tidak sewajarnya pemandu kenderaan memandu lebih daripada had laju yang ditetapkan.

Ada juga yang mengatakan bahawa pemandu tersebut cuba untuk melarikan diri selepas kejadian tetapi dikejar orang yang berada di situ. Info lain juga memberitahu bahawa pemandu itu kena ‘provoke’ oleh kenderaan di belakangnya yang membunyikan hon.

Dan sebagai tanda protes pemandu itu menekan-nekan pedal minyak tetapi kereta secara tidak sengaja meluru laju dan merempuh pengguna jalan raya di situ.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati dengan cara pemanduan kereta itu.

Warganet juga berharap agar pemandu itu mendapat hukuman yang setimpal dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemandu kerana telah membahayakan keselamatan semua individuyang berada di kawasan kejadian.

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.