(VIDEO) “Alasan Konon Nak Mandikan” – Bapa Jawab Tidak Sengaja R*gol Anak 7 Tahun Sebanyak 4 Kali

Bagai haruan makan anak. Inilah peribahasa yang sesuai digunakan untuk seorang bapa di Indonesia yang sanggup memperkosa anaknya sendiri bukan sekali tetapi empat kali.

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh @adekboreg1976 di TikTok, di mana video berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan seorang pegawai polis wanita berang dengan bapa yang melakukan perkara tersebut kepada anak perempuannya yang berusia 7 tahun.

Itu bukan silap, itu kurang ajar namanya”

Pegawai wanita itu juga menjadi lebih marah apabila lelaki itu memberi alasan tidak sengaja merogol anaknya.

Menurut lelaki itu, dia mencabuli anaknya di rumah dan pertama kali kejadian itu berlaku ketika dia sedang memandikan anak perempuannya.

Ramai yang berpendapat supaya lelaki durjana tersebut tidak diberikan kemaafan dan mendapat hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen juga menunjukkan rasa hormat terhadap pegawai wanita itu kerana bersikap tegas dengan lelaki itu.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.