(VIDEO) “Dia Dah Block Pakcik” – Warga Emas Menangis Tanggung Rindu Kerana Dibuang Zuriat Sendiri?

Seorang lelaki warga emas dilihat menangis syahdu kerana terlalu sedih merindui anak-anaknya yang jauh.

Video memaparkan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Anas Ariqin itu turut juga memanjatkan doa agar dipertemukan semula dengan anak-anak yang ‘membuangnya’ sejak sekian lama.

Lelaki itu yang menangis teresak-esak berkata bahawa dia cuba melupakan apa yang berlaku dan tertanya-tanya mengapakah mereka sanggup mengabaikan dirinya.

Jelas Anas, dia ditinggalkan isteri ketika dirinya koma selama 53 hari dan semenjak itu, dia juga tidak berhubungan dengan anak-anaknya.

warga emas rindu anak

Sumber : Tiktok

Dulu waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingatkan abah jangan lupa makan ubat. Sekarang sepi hilang semua tu. Semoga anak-anak abah sihat ya.

Lebih memilukan apabila lelaki itu mendakwa anak-anaknya telah menyekat nombor telefon bimbitnya.

Dia dah blocked semua nombor pakcik ni..dia malu jumpa pakcik.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, ramai netizen tampil menzahirkan rasa simpat dan berharap agar takdir dapat menyatukan lelaki itu dengan anak-anaknya pada suatu hari nanti.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.