“Ada Tak Rasa Bersaloh Mase Sek Awok Nipu Harga?” – Tular Video Peniaga Ayam Disaman, Pelanggan Jelaskan…

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang peniaga ayam meluahkan rasa kecewa selepas disaman oleh pihak berkuasa.

Menerusi video itu, lelaki tersebut berkata dia terpaksa menggunakan duit yang sudah disimpan untuk membeli baju raya keluarga bagi membayar saman berkenaan.

Difahamkan dia telah disaman pihak berkuasa kerana menjual ayam lebih mahal daripada harga siling yang ditetapkan.

Namun, seorang gadis telah tampil menceritakan hal sebenar mengapa pihak berkuasa KPDNKK mengeluarkan saman terhadap peniaga itu.

Menurutnya di Twitter, ramai yang telah menjadi ‘mangsa’ peniaga-peniaga itu semua termasuklah keluarganya.

Gadis itu turut berkata, memuat naik video menunjukkan duit untuk membeli baju raya anak itu hanyalah untuk mendapat simpati orang ramai.

Masa encik menipu kami harga ayam tu, tak terfikir ke halal haram duit tu?”

Jelasnya lagi, peniaga di tempat itu memaparkan harga ayam RM8.90/kg namun apabila pelanggan membeli, mereka menimbang dengan harga sehingga RM10/kg.

Saya faham kerisauan untung sedikit, tetapi kenapa peniaga sekalian yang beragama Islam rasa tak bersalah menipu harga seperti itu?”

Menurutnya lagi, peniaga di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu itu semua disaman atas kesalahan penipuan harga.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.