Hakikatnya, ada pasangan suami isteri di luar sana yang mudah sangat dapat anak. Kata orang dulu-dulu, pantang sentuh mesti lekat. Tak dinafikan, confirm risau memikirkan faktor ekonomi keluarga mungkin boleh terjejas bila anak semakin berderet. Akan tetapi sekiranya amanah Allah dijaga dengan betul, setiap zuriat pasti akan hadir dengan rezeki masing-masing.
Kahwin umur 16 tahun…suami target nak 4 orang anak je
Samalah dengan kisah keluarga bahagia yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Terdahulu, wanita bernama Akma Abdullah berkahwin dengan pasangan hidupnya ketika di usia 16 tahun lagi. Malah sewaktu awal pernikahan mereka, suaminya pernah melafazkan harapan untuk menimang 4 orang cahaya mata saja iaitu 2 pasang anak lelaki dan perempuan.
@akmaabdullah90Kenal umur 12, kahwin umur 16.. 20 years and still counting 🤍
Sorry abang terlajak sampai 7 pula…mungkin sebab dapat suami rajin tolong uruskan rumah tangga, so tak serik beranak
Namun selepas lebih 15 tahun melayari alam rumah tangga bersama, siapa sangka mereka kini akhirnya dikurniakan seramai 7 orang cahaya mata. Malah Akma mengaku bahawa dirinya yang mahukan anak ramai, atas berkat rezeki dapat suami rajin menguruskan rumah tangga juga. Meskipun sudah berasa serik selepas Czer anak ke-7 serta siap request nak ‘ikat’, tetapi doktor tidak sarankan dengan alasan dirinya masih muda lagi
@akmaabdullah90Bukan suami yang nak anak ramai, tapi diri sendiri.. mungkin sebab dapat suami yg rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak 🤣 tapi lepas czer anak no 7 ni, memang serik sangat, siap request dekat doc nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi 🤣 untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan..
Anak ramai tapi maknya maintain cantik, macam adik-beradik dah…seronok dapat suami jenis membantu ni