Rider baca al-Quran ketika tunggu di lampu isyarat bikin ramai malu, rakan dedah sikap sebenarnya

Seorang penghantar makanan fokus membaca al-Quran di persimpangan lampu isyarat.
RAMADAN merupakan bulan yang ditunggu-tunggu dalam melipatgandakan amalan dan ibadat.

Ini termasuklah membaca al-Quran bagi mendapatkan keberkatan pada bulan Ramadan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang penghantar makanan yang mencvri masa ketika mencari rezeki dengan membaca al-Quran di jalanan.

Pemuda berkenaan melakukannya ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Tanpa memaklumkan lokasi dan hari kejadian, ia dirakam seorang pengguna jalan raya lain dalam sebuah kereta yang turut menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Setia menggalas beg makanan, penghantar makanan itu berkemungkinan dalam perjalanan untuk menghantar tempahan kepada pelanggan.

Tangkap layar video yang dirakamkan dari sebuah kereta.

Apa yang pasti adalah tumpuan diberikan sepenuhnya semasa membaca al-Quran yang diletakkan di atas meter motosikalnya.

Dengan sebelah tangan memegang ‘handle’ motosikal, pemuda berkenaan yang sedang berpanas dilihat terkumat-kamit membaca surah.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok muzasayangg, ruangan komen dihujani pujian netizen dan kesungguhan penghantar makanan itu ternyata memberi inspirasi.

“Subhanallah, satu dalam sejuta.”

“Malunya aku duduk di rumah kurang baca al-Quran. Abang ni berpanas dalam bulan puasa mencari nafkah sentiasa membaca al-Quran.”

“Malunya… abang Grab dalam panas boleh mengaji, sedangkan saya bekerja dalam aircond pun berkira-kira.”

“Saya perlahan-perlahan kayuh follow abang Grab rider ni. Alhamdulillah dapat sehari empat muka surat pun dah cukup baik,” antara komen netizen.

Netizen mendoakan penghantar makanan berkenaan.

Malah, antara lain mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezekinya.

“Masya-Allah, mewahkan rezeki dia. Naikkan martabat dia di sisi Allah.”

“Mampu menitis air mata betapa mulia insan ni. Semoga dipermudahkan insan mencari rezeki dan dilindungi,” menurut antara netizen yang mendoakannya.

Pendedahan mengenai sikap sebenar sahabatnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok mengakui penghantar makanan yang dirakamkan membaca al-Quran itu merupakan rakannya.

Menurutnya, amalan membaca al-Quran merupakan kebiasaan yang dilakukan pemuda itu selama ini setiap kali mempunyai masa yang terluang ketika bertugas.

“Ni sahabat Grabfood saya. Alhamdulillah setiap kali tunggu order makanan siap, dia akan baca al-Quran. Terbaik,” ujarnya menerusi perkongsian video yang meraih lebih 180,000 tontonan di aplikasi popular itu.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.