[VIDEO] Suami Sediakan Makan Sahur, Lawak Bila Isteri Ngantuk Bertukar Badmood

Apabila tiba Ramadan, biasanya golongan isteri yang akan menyediakan lauk berbuka atau bersahur sepanjang 30 hari. Namun alangkah bahagianya jika si suami memahami kepenatan menguruskan kerja rumah dan tiada salahnya jika tugas itu diambil alih seketika. Hatta sekadar menyediakan lauk simple pun sudah cukup menyenangkan hati persis kisah di bawah.

Hoi, nak tidur ke nak makan? Cepat makan, dah jam berapa ni

Dalam video yang dikongsikan melalui TikTok PabloFaka, lelaki ini telah memberikan semangkuk cornflakes dan susu untuk isterinya sahur sedikit. Baru dibangkitkan daripada tidur dengan mata yang belum habis terbuka, wanita berkenaan terlihat masih mengantuk hingga tersengguk-sengguk.

Dah ada cornflakes & susu pun dah ada…Tinggal makan je

Lebih melucukan, isterinya yang sedang badmood turut bertanya di manakah keberadaan bungkusan cornflakes. Walhal semuanya sudah dituangkan siap-siap di dalam mangkuk yang disediakan oleh suaminya tadi. Sejak dimuat naik, rakaman itu berjaya meraih lebih setengah juta tontonan.

Samalah kita, laki yang bangun masak sahur…Hidang nasi kejut makan je

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen akui sangat terhibur dengan interaksi lucu kedua-duanya di subuh hari. Selain itu, ada juga yang beruntung kerana suami mereka rajin menyediakan makanan sahur dan tidak terlalu mengharap kepada isteri semata-mata

Leave a Reply

Your email address will not be published.