“Baik Beli Subway” – Beli Kebab Dah Siap Bungkus, Sampai Rumah Tengok Peniaga Pakai Roti Putih Je!

Sejak hari pertama Ramadan tahun ini, pelbagai cerita tentang penipuan oleh peniaga bazar yang tular di media sosial.

Ada makanan dijual dalam keadaan tidak elok atau tidak memuaskan seperti pengalaman seorang wanita ini yang membeli kebab baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik oleh KyraMali di TikTok, dia memaklumkan telah ditipu oleh peniaga yang mengaku jual kebab tetapi hanya menggunakan roti biasa.

Katanya, dia beli kebab tersebut di sebuah gerai di tepi jalan dan terkejut apabila membuka bungkusan dan mendapati ia bukanlah seperti kebab yang sepatutnya.

Nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je.”

Ditanya berapa harga ‘kebab’ itu, Kyra berkata dia tidak pasti kerana ia dibayar sekali dengan kuih muih lain yang dibeli.

Beberapa netizen mencadangkan Kyra untuk pergi semula ke gerai itu dan dapatkan penjelasan peniaga tersebut.

Ada juga yang mengaku mereka tidak pernah nampak peniaga jual kebab menggunakan roti putih sebegitu.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.