“Dah Macam Nak Culik Pun Ada” – Netizen Kecam Wanita Ganggu Privasi TokTi, Siap Nampak Skrin ATM

Sebuah video tular di media sosial sejak semalam dan telah mendapat kritikan ramai netizen.

Menerusi video itu, seorang wanita telah merakam ketika dia terserempak dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti di sebuah kiosk ATM Maybank.

Meskipun lokasi tidak dinyatakan namun video tersebut menerima kecaman hebat selepas dia dikatakan mengganggu privasi Tokti.

Apatah lagi, tindakannya dilihat menakutkan anak perempuan Tokti, Siti Aafiyah yang memegang erat ibunya ketika sedang mengeluarkan wang.

Ruangan komen di laman sosial tidak kira Instagram, Twitter dan TikTok dipenuhi dengan komen netizen mengecam tindakan wanita bernama Yana itu.

Ada yang turut menggesa dia untuk memadam video berkenaan dan ada juga menganggap tindakannya itu kurang ajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.