“Mak Ke Awak Yang Nak Kahwin” – Gadis Rungsing Ibu ‘Reject’ Bakal Menantu Hanya Kerana Kereta Myvi

Seorang wanita telah meluah perasaan mengenai sikap ibunya yang meletakkan syarat agar bakal suaminya nanti membeli sebuah kereta sebelum mereka berkahwin.

Namun, apa yang menjadi kekesalan wanita itu adalah ibunya tidak bersetuju jika bakal suaminya itu ingin membeli kereta jenis Myvi kerana menganggap kenderaan itu hanya layak dimiliki oleh seorang pelajar.

Kata wanita itu, dia berasa kecil hati dengan sikap ibunya itu yang memandang rendah terhadap usaha bakal suaminya serta memandang rendah terhadap kereta keluaran tempatan.

Dia nak beli Perodua Myvi. Lepas tu saya pun beritahu mak tentang hal itu. Tapi respons mak saya macam, dia kata Myvi ni kereta untuk studnet, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi.

Yang nak kahwin tu saya, bukan mak. Jadi kereta apa pun saya okey saja. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia, kalau tak, menyesal.

Wanita itu difahamkan berkongsi mengenai pendapatnya itu di Twitter @twtmalaywedding bagi bertanyakan pendapat mengenai apa yang dia harus lakukan bagi mengatasi perkara itu.

twitter twt weddingSumber : Twitter  

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu wanita itu apatah lagi menyentuh soal pembelian kereta popular negara, Myvi itu.

Kata netizen, lebih baik ukur baju di badan sendiri kerana hidup berumah tangga memerlukan modal yang banyak dan ibu bapa sepatutnya menyenangkan urusan anak masing-masing untuk berkahwin.

Ukur baju kat badan sendiri sis, bukan ikut badan mak awak. Yang nak bayar bulanan nanti bakal suami awak ya, bukannya mak awak nak bagi duit. – netizen

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.