“Masih Ada Yang ‘Idolise’” – Tular Pendedahan Mangsa Da’i Syed Hidap Depresi, Keluar Masuk Wad Psikiatri

Kes perbicaraan pendakwah selebriti, Da’i Syed atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii masih dalam perbicaraan.

Meskipun sedang disiasat, namun Syed dilihat aktif di media sosial dan mendapat perhatian sesetengah pihak.

Tular di Twitter tentang seorang wanita yang dikatakan merupakan salah seorang mangsa Syed dan telah dimasukkan ke wad psikiatri kerana cuba membunuh diri.

Wanita itu mengalami depresi yang teruk dan lebih menyedihkan, dia dimasukkan ke wad sebanyak lima kali kerana cubaan membunuh diri itu.

Da’i Syed dapat apa? Fame.”

Menerusi akaun TikTok wanita itu, dia menunjukkan rakaman laporan berita tentang penahanan Da’i Syed dan berkata tindakan pendakwah itu memberi impak yang besar dalam hidupnya.

Meskipun ramai yang memberikan kata-kata semangat dan bersimpati namun terdapat juga segelintir yang mengkritiknya kerana dikatakan menyebarkan aib sendiri.

Bagaimanapun, menurutnya hanya mereka yang menerima nasib sepertinya sahaja akan dapat faham apa yang dirasakan dan tahu betapa mereka perlukan bantuan.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.