“Selalu Curi Tulang!” – Mengadu Gaji Ditolak Kalau Solat Lebih 30 Minit, Netizen Setuju Dengan Tindakan Majikan?

Sebagai seseorang yang beragama Islam, solat merupakan tiang agama untuk setiap umat dan ia merupakan hal wajib yang perlu dilakukan.

Biarpun sibuk bekerja di pejabat, pasti pekerja akan mengambil masa untuk meninggalkan kerja yang dilakukan untuk menunaikan solat waktu tanpa dipersoalkan.

Tetapi, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini, dia memberitahu pihak pengurusannya benarkan mereka untuk menunaikan solat, namun dengan syarat, hanya dibenarkan untuk keluar 30 minit saja.

Biarpun mengadu dirinya seperti ‘teraniya’, netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan jejaka tersebut.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen di dalam ruangan perkongsiaan itu merasakan apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan sememangnya betul dan perlu dilakukan.

komen tiktok

Namun, dalam pada masa yang sama ada juga memberi cadangan kepada pekerja itu untuk pindah tempat bekerja seandainya individu tersebut berasa kurang selesa dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.