“Hormatilah Bulan Mulia!”- Ustazah Asma’ Harun Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat

Menjelangnya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama sahaja lagi, pastinya orang ramai berpusu-pusu memilih baju raya untuk digayakan di hari kemenangan umat Islam itu nanti.

Maka, ramai model-model wanita dan lelaki berpakaian baju raya yang anggun dan segak bagi menarik perhatian pembeli di luar sana.

Ustazah Asma HarunSumber : Google  

Namun, satu perkongsian daripada penceramah media sosial terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun mungkin akan ‘menjentik’ hati mereka di luar sana berikutan ramai yang berbusana agak seksi meskipun berhijab.

Dalam hantaran Facebook miliknya, Ustazah Asma’ berkata bahawa dia segan melihat ramai model iklan baju raya memakai baju yang menampakkan lekuk badan meskipun bertudung.

Dia dalam pada itu turut menyampaikan pesanan agar orang ramai di luar sana tidak kiralah sesiapun agar menghormati bulan Ramadan dan berusahalah untuk tidak melanggar larangan Allah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan luahan rasa Ustazah Asma’ dan turut berterima kasih di atas teguran tersebut.

“Alhamdulillah syukur atas teguran ustazah. Betul tu sana sini kita nampak mereka tiada segan silu berpakaian seperti itu. Tak kira tua atau muda. Allahuakbar.” komen seorang netizen.

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.