“Terima Kasih Pun Tak..” – Budak Lelaki Dijumpai Individu Bertanggungjawab, Netizen Berang Penjaga Tak ‘Ada Budi Bahasa’

Tular di media sosial hari ini apabila sebuah akaun Twitter telah memuat naik satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis mencari ibu bapanya di satu kawasan perumahan.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dipercayai telah melintas jalan besar berseorangan di mana ia sangat bahaya kerana kenderaan yang melalui kawasan tersebut dipandu dengan sangat laju.

Di atas keprihatinan beberapa orang individu, kanak-kanak terbabit telah dibawa pulang dengan selamat ke rumahnya yang terletak di seberang jalan raya tersebut.

Namun, apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila penjaga kanak-kanak tersebut secara bersahaja mengambil si kecil itu tanpa mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit.

TwitterSumber : Twitter  

Ia sekaligus mengundang perasaan ‘geram’ dalam kalangan netizen yang melihatkan video itu.

Macam tu je? Terima kasih ke apa tak? Aku tak faham jenis orang macam ni. – netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa wanita yang mengambil kanak-kanak tersebut bukanlah ibu kepada budak lelaki tersebut tetapi pembantu rumah.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.