(VIDEO) “Banyaknya…” – Cacing Berkumpul Dalam Usus, Lelaki Ini Kongsi Kepentingan Makan Ubat Cacing

Apabila sudah meningkat dewasa, pastinya ramai di luar sana sudah culas untuk mengambil ubat cacing yang selalunya dikaitkan pengambilannya dengan kanak-kanak sahaja.

Sebenarnya, bukan kanak-kanak sahaja yang kena ambil ubat cacing ni tau! Ini kerana jangkitan cacing dalam usus boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kiralah tua atau muda.

Ubat cacingSumber : Google  

Macam satu perkongsian video yang dibuat oleh seorang individu ini, dia ada berkongsikan video memaparkan proses mengeluarkan cacing dalam usus manusia.

Dalam video itu, terdapat terlalu banyak cacing telah dikeluarkan daripada usus manusia sehingga penuh satu mangkuk!

Dalam pada itu, lelaki itu turut menasihati netizen agar tidak meninggalkan pengambilan ubat cacing kerana ia berfungsi untuk membunuh cacing dalam perut.

Selain itu, dia juga ada menyenaraikan jenis ubat cacing yang boleh dibeli netizen di mana-mana farmasi tetapi ibu mengandung perlu mendapatkan ‘consult’ daripada doktor dulu sebelum makan ya!

Sekadar info, ada 3 jenis cacing yang boleh membiak dalam tubuh badan manusia seperti cacing kerawit, cacing gelang dan cacing rambu.

Cara cacing membiak adalah melalui telur cacing yang terdapat dalam najid san menetas sekitar tempoh 7 hingga ke 8 hari.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.