(VIDEO) Bihun Kering Termasuk Dalam Kuku, Gadis Ini Menderita Sakit Sampai Kena Pergi Hospital

Tular di media sosia TikTok apabila kisah seorang gadis ini yang terpaksa ke hospital gara-gara kukunya telah dimasuki bihun kering semasa mencuci pinggan di dapur.

Menurut gadis itu, kuku jarinya mula berasa sakit namun masih boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa pawa awalnya.

Namun, dia mula berasa risau apabila kukunya itu mula bernanah sehingga berdenyut akibat kesakitan.

Gadis itu kemudiannya terus mendapatkan rawatan di hospital bagi mengeluarkan bihun kering tersebut daripada kukunya.

kuku bihunSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tampil berkongsikan pengalaman masing-masing seperti yang dialami gadis itu.

Jangan malu awak, saya pun pernah operate kuku ibu jari sebab terselit rambut pastu kuku patah separuh. Asalnya sebab ada darah beku.

Mungkin lepas ni kalau nak cuci pinggan kena pakai ‘glove‘ kot?

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.