“Macam Mustahil..” – Saksi Sering ‘Diperlekehkan’, Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Perbicaraan #JusticeforBella

Tular di media sosial sejak semalam apabila pihak peguambela bagi suspek utama kes penderaan kanak-kanak kurang upaya, Bella iaitu Siti Bainun Abd Razali yang didakwa saksi kes telah memaksa kanak-kanak malang itu makan 80 cili padi dan menyeksanya setiap hari.

Kes itu juga telah menjadi tular dengan tanda pagar #JusticeforBella di media sosial di mana ramai yang meluahkan rasa marah dengan tindakan suspek terhadap kanak-kanak itu.

Malah, dengan pendedahan kesan luka pada tubuh yang menyayat hati turut meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baru-baru ini, penyanyi dan juga selebriti media sosial , Fynn Jamal ada berkongsikan pengalamannya duduk bersidang bagi mendengar sendiri perbicaraan kes penderaan dan pengabaian Bella ini.

Katanya, dalam perbicaraan itu, pihak peguambela seolah-olah berusaha untuk menunjukkan kepada mahkamah bawa kenyataan saksi tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten.

Fynn jamal BellaSumber : Instagram  

Namun, saksi yang dikenali sebagai Yasmin itu menurut Fynn sangat ‘champion’ dan berani berhadapan dengan soalan daripada peguambela meskipun sering diperlekehkan.

Malah, peguambela turut ‘mengungkit’ kisah silam Yasmin yang sebelum ini turut dijaga oleh Bainun berikutan kes hamil anak luar nikahnya yang terdahulu.

Fynn JamalSumber : Instagram  

Akhiri Fynn Jamal, meskipun Bella memperoleh pembelaan yang sepatutnya dia dapat kemudian hari, masyarakat sebenarnya sudah ‘gagal’ menjadi seorang manusia dan hal yang mungkin perit untuk ditelan adalah sebenarnya dan sememangnya  “tak ada keadilan untuk Bella”.

SUMBER : Instagram

Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.