“Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini..” – Penjelasan Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

Sedia maklum, kes penderaan terhadap adik Bella masih dibawah siasatan pihak berkuasa tempatan dan sedar akan kemarahan orang ramai kerana menyebelahi pihak pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun, peguam Hafidzah Hassan tampil beri penjelasan lanjut di Instagram, baru-baru ini.

Menurut beliau, mereka lebih memilih untuk mempercayai versi klien dan hanya mahu tunggu keputusan yang dibuat dari pihak mahkamah saja. Malah berkata masih terlalu awal untuk orang ramai untuk berkata apa-apa.

Jadi kadang-kadang kita tak berada dalam mahkamah jadi apa yang dilaporkan tak dapat nak saksikan secara langsung. Jadi untuk sekarang, masih terlalu awal untuk kita kata itu dan ini terhadap siapa-siapa.

Sudah semestinya penjelasan yang dibuat oleh peguam tersebut tidak diterima baik daripada netizen dan rata-ratanya meminta agar Hafidzah kalah dalam kes adik Bella ini.

komen IG

Dalam kata-kata terakhir peguam itu di dalam video yang dimuat naik, dia berharap agar pihak yang benar akan terbela di dalam kes yang sedang berlangsung ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

SUMBER : Instagram
Kredit : BeautifulNara 

Leave a Reply

Your email address will not be published.