(VIDEO) “Bulan Mulia Pun Menipu!”- Lauk Pauk Terbiar, Peniaga Restoran Kecewa Ditipu Pelanggan

Seringkali dalam bulan ramadan kita dengar tentang pelanggan ditipu oleh peniaga dalam membeli juadah berbuka puasa. Ada yang ditipu daripada segi harga dan macam-macam lagi.

Tetapi lain pula cerita  bagi mangsa penipuan kali ini, dimana peniaga restoran ini ditipu oleh pelanggan yang telah menempah untuk makan di restoran tersebut.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @eila_theseafood, video itu memaparkan makanan yang telah dimasak terbiar begitu sahaja di atas meja kerana pelanggan yang menempah makanan tidak datang makan ke kedai itu.

 

Peniaga itu juga meluahkan rasa kecewa kerana difahamkan restoran itu selalu tiada pelanggan dan tempahan yang dilakukan boleh sahaja dibatalkan dengan memberitahu pihak restoran lebih awal.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menawarkan diri untuk membayar ganti rugi dan ada juga pengguna yang menasihatkan peniaga itu meminta deposit kepada pelanggan sebelum menyediakan tempahan.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.