(VIDEO) Niat Nak Sedekah Tapi Dianiaya, Peniaga Terkedu Ada Selipar & ‘Mask’ Dalam Bubur

Dalam bulan ramadan ini, ramai orang berlumba-lumba membuat kebaikan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT.

Perkara baik yang paling common yang selalu dilakukan dalam bulan ramadan oleh umat Islam ialah bersedekah. Tetapi manusia selalunya berasa tidak puas hati antara satu sama lain tidak kira sama ada perkara yang dilakukan baik ataupun tidak.

Malangnya, itulah yang terjadi dalam satu video yang telah dikongsi oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ashhryyyyy, dimana bubur yang hendak disedekahkan kepada pelanggan yang datang ke kedainya telah dimasukkan selipar dan mask.

Menurut peniaga itu, kakaknya akan menyediakan satu tong bubur kacang atau bubur pulut hitam untuk diberi kepada customer, akan tetapi perkara baik itu telah ‘disabotaj’ oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Tambah peniaga itu lagi, dia sendiri tidak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut dan redha dengan apa yang menimpa dirinya. Dia juga berharap agar dapat meneruskan bersedekah kepada pelanggan-pelanggan yang datang ke kedainya.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap peniaga berkenaan kekal kuat dan dipermudahkan dalam segala urusan berniaga.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.