“Tak Patut Jadi Isu” – Dipertikai Sempat Bergambar Sambil Buat ‘Peace’ & ‘Mini Love’, Peguam Siti Bainun Bersuara

Semakin hari, semakin ramai yang mengambil berat serta memberi perhatian dalam kes yang sedang berlangsung berkaitan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa mendera serta menganiaya remaja istimewa yang dikenali sebagai Bella.

Bukan saja netizen sibuk membincangkan hal ini, salah seorang peguam bela Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan turut menceritakan prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, lain pula yang dipandang oleh netizen apabila foto yang dimuat naik kelihatan barisan peguam yang mewakili Siti Bainun sedang bergambar bersama-sama sambil membuat gaya peace dan mini love.

peguam Siti Bainun bergambar bersama-samaSumber : mStar  

Terdapat beberapa kenyataan dari netizen yang tidak menyangkakan barisan peguam itu masih boleh bergambar seperti itu bersama seseorang yang dianggap abuser, malah turut berasa ‘jijik’ melihat mereka di dalam gambar berkenaan.

Semasa di hubungi oleh pihak mStar bagi mendapat keterangan lanjut, Hafidzah menjelaskan hal terbabit sama sekali tidak salah apabila peguam bergambar dengan anak guam dan dalam pada masa yang sama, dia memberitahu mereka tidak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar bersama-sama.

Cross examination ini dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi, ia didedah separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.

Sempat juga menegaskan tentang dirinya tidak dibayar setimpal hingga sanggup membela Siti Bainun seperti yang dikata ramai.

SUMBER : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.