Wanita makan guna kuku buat netizen rasa l0ya –“Puasa2 ni jadi hilang selera nak makan.”

Miliki kuku yang pendek dan bersih pastinya menggambarkan penampilan seseorang yang menjaga kebersihan diri atau sebaliknya.

Namun, ada juga individu yang sememangnya suka-suka membela kuku panjang yang keterlaluan hingga mengundang rimas dan geli pada orang lain.

Wanita makan guna kuku panjang.
Samalah seperti pengguna TikTok dikenali sebagai Dewiyahya79 ini apabila berkongsi cara memakan menggunakan ‘tangan’ dengan kuku yang panjang.

Difahamkan, perkara itu dilakukan oleh wanita berkenaan susulan mendapat pertanyaan dari salah seorang pengikutnya di TikTok.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan menunjukkan cara makan makanan menggunakan tangan dengan kuku yang panjang sehingga menjadi perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa itu cara makan dengan kuku bukan tangan.

Malah, mereka turut meluahkan rasa loya melihat wanita tersebut selain mempersoalkan bagaimana dia melakukan hal lain dengan kuku yang panjang itu.

Itu guna kuku bukan tangan..

Zaman sekarang ramai yang masih simpan kuku panjang terutamanya kaum perempuan dengan alasan untuk cantik lagi pun bukan k0tor sebab kuku dijaga dikilatkan, bersih dan putih. Tapi, tahukah anda apakah hukum simpan kuku panjang dalam Islam?

Pasti ada yang masih tak tahu tentang hukum menyimpan kuku panjang. Ada yang berpendapat memelihara kuku panjang umpama membela sekandang khinz1r dan ada yang mengatakan tempat sya1tan bergayvt pada kuku. Nak tahu tentang keburukan kuku panjang?

Ini perkongsian lengkap daripada Ustaz Farid Rashidi yang mencerita dan menyampaikan tentang hukum kuku panjang dalam Islam. Sebenarnya, dalam hadis dan dalam Al-Quran ada dijelaskan tentang ini, jangan hanya baca dan pandang sebelah mata.

Hukvm Simpan Kuku Panjang

Biasa sangat terjumpa kaum wanita yang berkuku panjang dan ia sengaja disimpan sampai panjang. Ada yang pot0ng kuku di tepi saja tapi di tengah-tengahnya dibiarkan panjang dan taj4m, kononnya cantik bila runcing.

Disebabkan bela kuku panjang, sampai diri dia terpaksa berusaha kerana untuk tekan keyboard telefon bimbit. Silap tekan, terus jadi typo tersilap huruf dan perkataan.

Tak kurang juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Biasanya di jari kelingking, katanya untuk k0rek telinga tapi sebenarnya apakah tujuan utama membela kuku panjang?

Cuba bayangkan dengan kuku panjang nak beristinjak pasti akan cal4r bal4r, boleh bayang tak bagaimana ist1njak bila kuku panjang sedepa? Mesti s3ksa kan? Silap-silap ada kesan tut di celah-celah kuku.

Kuku kalau disimpan panjang ia lebih kurang sama rupa seperti haiwan karnivor (Mag1ng). Iaitu ha1wan pemangsa yang makan dag1ng seperti singa dan har1mau, kedua-dua b1natang tu kuku panjang.

Hvkum Mem0t0ng Kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memot0ng kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hvkum simpan kuku panjang ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari (40 hari).

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Hikmahnya adalah :

1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.

2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kek0t0ran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti.

Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diram4s-ram4s pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. Erk!

3. Bila kek0t0ran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wuduk) hingga sampai air ke lapisan kuku.

4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kaf1r dan juga semacam b1natang buas.

Jadi, pesanlah kepada kawan-kawan, adik-beradik, saudara-mara yang simpan kuku tu. Tak cantik pun simpan panjang. Kitakan manusia. Potonglah, jangan tunggu panjang tau. Boleh tolong share dan tag ya. Semoga Allah SWT mengampuni d0sa-d0sa kita semua. – Ustaz Farid Rashidi.

Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Untuk lebih jelas lagi, dikongsikan juga ceramah dan penjelasan tentang apa hukum simpan kuku panjang bagi lelaki dan wanita yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang turut menunjukkan cara-cara memotong kuku dengan betul dalam Islam.

Sumber – Redaksi/bukitbesi.blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published.