Wanita Serang Suami Isteri Dengan Pedang Samurai Sebab Tolak Permintaan Hubungan Intim Bersamanya, Tak Sangka Ini Sebab Tak Nak Bersama

Seorang wanita yang terlalu marah dilaporkan telah menyerang pasangan suami isteri dengan sebilah pedang samurai di rumah mereka.

Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku di Bangkok di mana wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana berang mereka enggan melakukan hubungan intim dengannya.

Pasangan tersebut berkata mereka sudah berkali-kali diugut sehinggakan terpaksa melarikan diri dari Bangkok. Bagaimanapun, wanita itu tetap masih mengekori mereka ke mana-mana.

Sebuah klip video yang menunjukkan wanita itu cuba menikam lelaki tersebut di hadapan rumahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Kata lelaki dikenali sebagai Air, 38 tahun itu, dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, telah berkawan sejak setahun lalu.

Difahamkan mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing mempunyai pasangan. Namun, Air berkata Aum sering meminta agar mereka berdua melakukan hubungan intim.

Air bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan memutuskan untuk melarikan diri selepas tidak dapat menahan sikap aneh Aum.

Bukan itu sahaja, Aum dikatakan pernah ke rumah isterinya dan mengugut anak lelaki pasangan itu berusia 11 tahun.

Video tular itu telah dirakam oleh isteri Air yang mengesyaki Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.

Pasangan itu bagaimanapun belum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana baru sahaja berpindah.

Video

Antara komen netizen,

Psikosis merupakan gejala serius yang muncul akibat gangguan mental yang serius dan meliputi adanya gangguan halusinasi atau delusi.

Klu da bawa pedang baik tangkap cepat,kesian akan byk lagi lelaki jadi mangsa.

Mesti dia ada tnam pokok ganja kat umah dia utk ubat psikotik…

Untuk kaum laki2 hati2 ya gais. Jaga keselamatan anda.

Semoga ramai lagi wanita yg sepertinya…. Di Malaysia….

Baca artikel baru paham. Prmpn ni minat dgn kawan lelaki dia padahal masing2 dah ada pasangan. Dia ajak lelaki tu utk buat hubungan s*** tapi ditolak lelaki tu. Sebab tu meroyan tu.

Sumber BN/RJ.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.