Ika Nabella baru-baru ini, tampil membuat satu hantaran di Instagram kerana berasa kurang selesa dengan segelintir netizen meluahkan rasa marah dengan mempermainkan saiz badan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.
Sedia maklum, ketika ini boleh dikatakan ramai berasa geram apabila mendapat tahu perbuatan yang dilakukan oleh Siti Bainun kepada seorang remaja Sindrom Down, Bella.
Kalian pernah terfikir tak kesan-kesan body shamming terhadap segelintir orang. Mungkin apa yang berlaku kepada Bella anda salah satu (kesan) daripadanya.
Bagaimanapun, tindakannya meluahkan pandangan seperti itu telah membuatkan ramai netizen ‘menghentamnya’ dan merasakan timing pelakon itu mahu menegur netizen tidak sesuai, memandangkan kes berkenaan tengah ‘panas’.
Sedar dirinya dikecam ramai, Ika menegaskan bahawa beliau tidak berpihak kepada Siti Bainun, namun hanya mahu menegur segelintir pihak yang dianggap hina ciptaan Allah S.W.T.
SUMBER : Instagram
Kredit : BeautifulNara