Sepanjang bulan Ramadan, ramai ahli keluarga yang mengambil masa untuk meluangkan masa dengan berbuka puasa bersama kerana ianya merupakan satu bulan yang istimewa dan berlaku sekali dalam setahun.
Kebanyakkan restoran-restoran juga akan ditempah lebih awal kerana selalunya restoran akan penuh semasa berbuka puasa.
Tetapi, perasaan kecewanya bukan disebabkan makanan yang salah diberi oleh peniaga, tetapi cara layanan peniaga restoran itu kepada dia dan keluarganya. Menurutnya, menu ‘buttermilk’ tidak disertakan dalam tempahan, bagaimanapun peniaga kedai tersebut meletakkan menu itu di atas meja mereka.
Peniaga itu juga tidak meminta maaf kepada dia dan keluarga sebaliknya ‘membuat muka’ dan juga cara percakapan peniaga restoran itu sangat kasar terhadap Miya.
Cerita terperinci juga diceritakan oleh Miya di ruangan komen TikTok.
Rata-rata netizen juga turut berasa tidak puas hati menerusi video yang dimuat naik dan mengharapkan layanan yang lebih baik daripada peniaga restoran kepada pelanggan yang datang ke restoran.
SUMBER : TikTok