Dipecat Kerana Tak Suka Majikan Sambut Hari Lahirnya, Lelaki Terima Ganti Rugi RM1.9 Juta

Amerika Syarikat – Seorang lelaki yang mengalami masalah keresahan melampau (anxiety disorder) dilaporkan telah mendapat wang berjumlah RM1.9 juta selepas majikannya berkeras menyediakan majlis kejutan hari jadi buatnya.

Memetik laporan NBC News, lelaki itu meminta kepada majikannya agar tidak meraikan hari lahirnya kerana ia boleh mencetuskan serangan panik ke atas dirinya.

Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan oleh majikannya.

Kisah itu bermula pada 0gos 2019 apabila lelaki itu memberitahu pengurus pejabatnya bahawa dia tidak mahu meraikan hari lahirnya kerana ia akan mencetuskan serangan panik.

Difahamkan, syarikat itu mempunyai amalan mengadakan sambutan hari lahir di pejabat untuk pekerja mereka.

Pun begitu, majikannya telah mengejutkannya dengan sambutan di ruang makan Majikannya ketika waktu tengah hari pada 7 Ogos 2019.

Berikutan itu, lelaki yang berasal dari Kentucky tersebut terus mengalami serangan panik sehingga dia terpaksa menghabiskan sisa makanannya di dalam kereta dan kemudian menghantar mesej kepada pengurusnya.

Dia meluahkan rasa kecewa kerana syarikat itu gagal memenuhi permintaannya.

Sehari selepas itu, dia telah dipanggil ke bilik mesyuarat dan terpaksa berdepan dengan kritikan kerana tindakan dan reaksinya.

“Konfrontasi ini mencetuskan satu lagi serangan panik,” kata tuntutan di dalam mahkamah.

Pada 31 Mac, juri dikatakan telah memberikan wang tunai sebanyak (RM1.9 juta) kepada lelaki itu sebagai ganti rugi kerana dia mengalami layanan yang buruk sebagai pekerja yang mengalami keresahan.

Sumber: NBC News

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.