“Boleh Patah Gigi..”- Lelaki Beli Ketupat Keras Macam Batu, Baling Ke Lantai Pun Tak Pecah

Seorang lelaki dikenali sebagai Muslim Hashim baru-baru ini ada berkongsikan sebuah video di aplikasi TikTok mengenai pengalamannya membeli juadah ketupat daripada seorang lelaki.

Dalam video tersebut, Muslim telah menunjukkan ketupat yang dibelinya berada dalam keadaan keras dan telah dibeli dengan harga RM0.50 sebiji.

Ceritanya lagi, dia terpaksa menggunakan lesung hanya semata-mata untuk mengambil isinya.

Dia kemudian membaling ketupat itu ke lantai bagi membuktikan betapa kerasnya juadah berkenaan.

ketupat kerasSumber : TikTok  

Apa yang mengejutkan adalah apabila ketupat itu langsung tidak pecah malah teksturnya kelihatan masih sama setelah dibaling ke lantai.

Menjengah ke ruangan media sosial, ramai yang simpati dengan nasib Muslim dan ada juga yang menasihatkan dia untuk tidak membaling rezeki ke lantai.

Tambah netizen lagi, ketupat yang keras selalunya peniaga telah dibiarkan semalaman sebelum dihangatkan semula untuk dijual.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.