Pelarian Rohingya Merusuh Di Depot Imigresen, Lebih 500 Terlepas, 10 Maut

Sebuah Depot Imigresen Sementara yang bertempat di Relau, Bandar Baharu, Kedah telah dilaporkan mengalami rusuhan dan dilaporkan lebih 500 tahanan telah berjaya melarikan diri.

Difahamkan, protes dan rusuhan itu telah bermula sekitar jam 5 pagi tadi oleh kira-kira 650 tahanan Rohingya.

Lapor The Star, kira-kira 229 daripada jumlah tahanan berjaya ditahan semula dan kira-kira 10 tahanan ditemui maut kerana dirempuh kereta ketika melarikan diri.

Kebanyakan etnik Rohingya di depot tersebut sebelum ini ditahan dalam operasi oleh pelbagai agensi di Langkawi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.

SUMBER : The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published.