Pada zaman sekarang, manusia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapat perhatian dan menjadi terkenal di media sosial tanpa mengira risiko atau akibat yang akan diterima daripada tindakan yang dilakukan.
Perkara paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesetengah individu untuk mendapatkan perhatian adalah dengan membuat content yang kelakar seperti prank terhadap orang yang dikenali mahupun tidak.
Tetapi kadang-kadang prank yang dilakukan tidak kelakar dan menyakitkan hati sehingga membahayakan pihak yang menjadi mangsa prank tersebut. Itulah yang dilakukan oleh seorang prankster di TikTok yang dikenali sebagai @Izuanrazali.
Ada juga netizen yang mengharapkan Izuan bertemu dengan orang yang akan melawan balik semasa dia melakukan video-video prank yang menyakitkan hati seperti ini.