“Makin Cantik, Glowing Muka” – Netizen Puji Penampilan Terbaru Balu Abam, Nampak Berseri-Seri

Selepas dilaporkan memenangi kes saman fitnah yang difailkan oleh adik iparnya, tiada khabar berita daripada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.

Selepas 2 tahun turun naik mahkamah, Ali Puteh diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar ganti rugi kepadanya sebanyak RM60,000.

Terbaru, penampilan Hidayah mendapat perhatian selepas memuat naik video bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di aplikasi TikTok.

Sering berpenampilan ayu dan sopan, rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji Hidayah yang tampak lebih berseri.

Menerusi rakaman itu, Hidayah dilihat memakai solekan dan bertudung putih sementara Hamzah juga nampak gembira di sisinya.

Selepas dibanjiri pertanyaan, Hidayah telah memuat naik video lain dan menjelaskan bahawa dia kini memakai produk ‘skincare’ miliknya sendiri yang kini sudah berada di pasaran.

Dengan gaya tudung yang lebih bergaya dan solekan di muka, semestinya perubahan itu disedari oleh ramai netizen.

Kebanyakan daripada mereka akui gembira melihat Hidayah yang kini nampak lebih ceria dan tampil lebih bergaya.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.