“Saya Yang Minta Jangan Besarkan Cerita” – Halim Othman Akui Rasa Kesal Anak Berbinti ‘Abdullah’

Bagi menjelaskan berita tentang identiti anak berbintikan Abdullah, penyampai radio Halim Othman memberitahu perkahwinannya bersama bekas isteri memang tidak didaftar dalam Malaysia kerana perkahwinan mereka sudah tidak aman lagi.

Menurut Halim, belum sampai setahun hidup bersama ketika tahun 1994, dia bersama bekas isteri sudah tidak duduk sebumbung ketika Myra atau nama sebenar Myra Natasha Abdullah dilahirkan ketika tahun 1995.

Saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya. Sebab saya tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu.

Apabila pihak Harian Metro bertanya perasaan Halim berkenaan isu yang terjadi, penyampai radio itu tidak dapat nafikan berasa kesal melihat anak sendiri berbinti ‘Abdullah’ dan pada mulanya, dia juga berasa kurang selesa serta tidak puas hati.

Tambahannya lagi, dia gembira melihat reaksi netizen menerima baik hal terbabit biarpun ada juga sesetengah netizen membuat spekulasi mereka sendiri sebelum mengetahui hal sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

SUMBER : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.