(VIDEO)- “Dah Macam Berzapin!” – Netizen Terhibur Gelagat Cikgu Ajar Anak Murid Topik Sentuhan Tidak Selamat

Satu perkongsian video daripada seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah berjaya mencuit hati pengguna media sosial berikutan gelagat seorang individu yang menghiburkan ketika mengajar anak-anak murid.

Dalam video yang dimuat naik @akhifairuz_ itu memaparkan seorang lelaki dipercayai seorang guru sedang mengajar topik sentuhan tidak selamat pada tubuh badan.

Kelihatan bersungguh-sungguh sekali, guru yang dikenali sebagai Cikgu Ferdy itu menyampaikan pengajaran kepada anak-anak muridnya dengan cara yang cukup menghiburkan.

Malah, Cikgu Ferdy juga seakan-akan ‘menari zapin’ turut mencuit hati warga maya yang melihatnya.

sentuhan tidak selamatSumber : Facebook  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kagum dengan cara penyampaian topik yang agak sensitif itu kepada anak-anak murid yang masih kecil.

Comel cikgunya mengajar. Cara mengajar buat anak-anak seronok & mudah faham – netizen

Ramai juga yang memuji idea Cikgu Ferdy yang sangat kreatif sehingga mendapat respon yang positif daripada anak murid dan juga netizen.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.