“Kira ‘Profit’ Bukan Macam Tu” – Lelaki Kira Jualan Chef Ammar Lebih RM2 Juta Sebulan, Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

Sebuah video dimuat naik oleh seorang pemuda di TikTok mendapat perhatian ramai warganet baru-baru ini.

Menerusi rakaman berkenaan, pemuda dikenali sebagai Arif itu telah membuat ‘kira-kira’ jumlah jualan kedua-dua jenis nasi arab dijual oleh Chef Ammar.

Difahamkan, Arif sendiri telah bertanya kepada salah seorang staf Chef Ammar jumlah bungkusan yang berjaya terjual dalam sehari.

1,200 untuk ayam, 1,200 untuk kambing.”

Arif kemudian membuat kiraan jumlah jualan diperolehi chef itu dalam sehari. Jika mengikut kiraannya, Chef Ammar mendapat jumlah jualan sebanyak RM90,000 sehari dan dalam tempoh 30 hari iaitu sepanjang bulan Ramadan, jumlahnya mencecah RM2.7 juta!

Bagaimanapun, video Arif itu mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di mana rata-ratanya mengatakan bukan begitu caranya untuk membuat perkiraan.

Menurut mereka, kiraan Arif itu adalah jumlah jualan bukanlah keuntungan seperti yang dikatakan oleh pemuda berkenaan.

Bukan hanya netizen tetapi video itu turut mendapat perhatian Chef Ammar sendiri yang meninggalkan komen.

Chef Ammar itu meminta agar Arif tidak membuat ‘content’ sewenang-wenang memandangkan keuntungan bukannya dapat secara maksima.

Sebaliknya banyak perkara perlu diambil kira seperti gaji pekerja, bayaran sewa premis beberapa restoran miliknya, kos bahan-bahan serta macam-macam lagi.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.