“Korang Boleh Panggil Aku Gemuk, Badan Macam Tong Dram Tapi Jangan Panggil Aku Siti Bainun” – Norreen

Baru-baru ini, video dimuat naik oleh ‘instafamous’ yang kini sudah berjinak dalam dunia lakonan, Norreen Iman telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi rakaman di TikTok  dan Instagram itu, Norreen telah menyelar individu yang menyamakannya dengan Siti Bainun.

Menurut Norreen, dia tidak kisah jika dipanggil gemuk, gajah atau badan macam tong dram sekalipun namun menyamakan fizikalnya dengan individu yang didakwa mendera remaja OKU, sangat tidak patut.

Mentang-mentang aku ni nampak jijik bila naik Y15, terus dipanggil Siti Bainun. Memang asal badan besar semua macam dia ke?”

Menjengah ruangan komen, ramai netizen termasuklah rakan artis yang turut menyelar individu yang mengutuk fizikal Norreen itu.

Selain itu, ramai juga yang turut memuji kecantikannya serta sikap penyayang Norreen terhadap kanak-kanak.

SUMBER : Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published.