Tegur Geng Ponteng Puasa Guna Speaker, Habis Semua Pakat Lari

Tular di laman media sosial semalam tindakan seorang gadis menegur individu dipercayai ponteng puasa yang berada di dalam kereta menggunakan alat pembesar suara.

Ponteng puasa belakang kedai

Foto: Kiedaamy97_

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, wanita yang berada di tingkat atas bangunan tempat kerjanya itu menggunakan pembesar suara bagi menegur individu yang tidak berpuasa. Difahamkan kawasan parkir di belakang bangunan tersebut merupakan ‘port’ golongan ponteng puasa makan pada siang hari.

Belakang ni port orang kencing, port orang bercinta, port orang buka puasa tengah hari.

Selepas ditegur menggunakan pembesar suara, kelihatan beberapa buah kenderaan ‘lari’ dan mungkin membatalkan hasrat untuk ponteng puasa.

Video penuh

Buka siren azan sis

   

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat wanita ini dengan rakan sekerjanya. Malah ramai juga yang memuji tindakan wanita tersebut yang menegur dengan cara tersendiri.

Sumber: kiedaamy97_

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.