Wanita Ganti Kembar Masuk Office, Seorang Pun Tak Perasan!

Menjadi kembar seiras sudah pasti mempunyai persamaan yang hampir sama sehingga mampu mengelirukan orang ramai termasuklah ahli keluarga sendiri. Begitu juga kisah pasangan kembar ini apabila dia meminta bantuan kembarnya untuk menggantikan tempatnya buat seketika.

Ganti pasangan kembar masuk office

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis dikenali sebagai Hana Syaira di TikTok, berkongsi kisah di mana dia terpaksa menyamar sebagai Zira iaitu pasangan kembarnya untuk menggantikan posisinya di tempat kerja bagi menguruskan urusan kerja.

Bila last minute kembar ada hal kena settle. Kita jadi pengganti dia pergi office.

Meskipun wajah mereka saling tak tumpah, namun apa yang membezakan mereka adalah kedudukan tahi lalat di bawah bibir. Dalam pada itu, gadis ini meluahkan rasa lega apabila rakan sepejabat kembarnya itu tidak perasan serta tidak dapat membezakan antara mereka berdua.

Nasib baik mereka tak boleh bezakan mana satu Zira dan Mira. Buat kerja macam biasa yang penting kita duduk ceruk yang tak ada siapa perasan.

Kami pernah kerja sekali, tahu selok-belok kerja. Cuma beza sekarang ni kembar kerja lain-lain. Boss office tahu je kami ni kembar cuma selalu confuse.

Video penuh

@hanasyairaBila last minit kembar ada hal kene settlekan. Kita jadi pengganti dia pergi office ??#fyp?#fypdongggggggg#foryoupage? Feel My Rhythm – Red Velvet
@hanasyairaHarap je kembar tapi jarang nk selfie sesame ?#fyp?#fypdongggggggg? I WANT YOU BACK – TWICE

‘Macam mana dia buat kerja kat office’

Sumber : hanasyaira

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.