Fizikal Zamani Makin Membongkok, Siap Minta Maaf Tak Dapat Hiburkan Macam Dulu

Seperti semua sedia maklum, penyanyi Zamani telah menghidap tulang belakang lengkung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, masalah kesihatan yang dihidapi bukanlah penghalang bagi vokalis kumpulan Slam itu untuk terus berkarya dalam industri seni.

Badan tak berapa sihat tapi masih gigihkan diri nak hiburkan peminat

Terbaru dalam sebuah muat naik di TikTok, seorang pengguna berkongsi klip persembahan pelantun lagu Gerimis Mengundang tersebut di sebuah acara iftar. Kelihatan Zamani sedang duduk di atas pentas sambil menyampaikan sebuah lagu, sebelum berdiri dan berinteraksi dengan para penonton.

Semalam dia minta maaf kalau tak dapat hiburkan macam dulu…sebak betul

Di sebalik nyanyian yang merdu, rupa-rupanya perhatian netizen tertumpu pada keadaan badan pemuzik berkenaan. Dia dilihat semakin bongkok selain kesukaran untuk bergerak. Malahan, Zamani dikatakan sempat memohon maaf atas kekangan diri sehingga tidak dapat menghibur peminat seperti dahulu.

@annasoffiya🦋🌼🍃🌹#iftar2022#fypシ#fyp#foryou♬ original sound – Anna Soffia

Allah…kasiannya tengok badan Zamani sekarang, semoga beliau sihat-sihat sahaja

Meninjau ke kolum komentar, rata-rata netizen berasa sebak dengan perkembangan terkini penyanyi tersebut dan sempat menyarankan beberapa rawatan yang boleh dijalankan bagi masalah kesihatan itu. Ada juga warganet terpukau dengan kelunakan suara Zamani kerana disifatkan tidak pernah berubah sejak kemunculannya pada tahun 1993.

Leave a Reply

Your email address will not be published.