“Jangan Riak..” – ‘Upload’ Video Tukar Duit Raya RM2 Juta, Netizen Bimbang Wanita Jadi Mangsa Ragut

Memberi duit raya juga merupakan hal yang sering dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selalu yang memberi adalah orang yang sudah bekerja.

Boleh dikatakan memberi duit raya menggunakan sampul merupakan cara tradisional dan ketika ini, ramai juga yang sudah menggunakan online transfer untuk memberi duit raya kepada anak-anak buah ataupun saudara mara.

Bagaimanapun, terdapat satu video TikTok yang dimuat naik telah menarik perhatian ramai apabila wanita di dalam video itu menunjukkan dirinya telah menukar duit dengan jumlah yang amat banyak di bank.

@farhanazahra91

Fyp ke tak ni, cikna tunjuk duit DUA JUTO katooo haha ayat nya ekora 🤣🤣🤣

♬ ANGKAT TANGANMU BESTIE – Omokucrut

Wanita yang berpakaian biasa iaitu t-shirt biru bersama kain batik terbabit difahamkan telah menukar duit sebanyak RM2 juta dan dipercayai di tukarkan di sebuah bilik khas.

Lihat pada jumlah tontonan , video itu sudah raih lebih 2.7 juta tontonan daripada pengguna dan 5000 lebih jumlah komen yang ditinggalkan.

komen IG

Biarpun hanya ingin berkongsikan video biasa, namun reaksi daripada netizen berbeza dan rata-ratanya mempertikaikan tindakan wanita berkenaan memaparkan jumlah wang sebanyak itu di media sosial.

Hampir kesemuanya berasa bimbang jika ia dipertontonkan kepada umum kerana takut wanita berkenaan menjadi mangsa rompak ataupun ragut pada masa kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.