Kini Bebas Dadah, Nia Ramadhani Siap Sedia Kembali Ke Dunia Lakonan

Pada tanggal 29 Mac 2022, pelakon Indonesia sensasi iaitu Nia Ramadhani telah selesai menjalani proses pemulihan kerana penyalahgunaan dadah bersama-sama suami dan kini beliau memberitahu sudah siap sedia untuk kembali ke dunia lakonan.

Perkara berkenaan telah dijelaskan sendiri oleh peguam yang mewakili Nia iaitu Nur Zainab yang memberitahu pelakon itu telah sepenuhnya bebas dari dadah.

Laporan daripada Detik Hot juga memaklumkan Nia juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan Nia, suaminya iaitu Ardi Bakrie dan pemandu dipenjara selama satu tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Namun, keputusan rayuan yang dibuat baru-baru ini telah membebaskan pelakon berkenaan dan hanya menjalani proses pemulihan sahaja bermula dari tarikh dirinya ditangkap.
SUMBER : Detik Hot

Leave a Reply

Your email address will not be published.