(VIDEO) Nak Cuba ‘Something Different’, Adik-Adik Lelaki Ajak Kakak Bersahur Di Dataran

Sahur merupakan perkara yang digalakkan dalam Islam semasa bulan Ramadan. Sesiapa yang bangun sahur juga akan diberi ganjaran pahala walaupun hanya bangun makan di waktu pagi.

Ianya nampak mudah untuk dilakukan, namun ada orang yang susah untuk bangun sahur kerana mengantuk dan lebih mementingkan waktu tidur semasa bulan Ramadan.

Kali ini, perkongsian di TikTok oleh @filavivy menunjukkan tentang hubungan rapat adik-beradik di mana seorang wanita yang merupakan kakak sulung melayan perangai adik-adik lelakinya untuk bersahur di dataran.

Dikatakan, adik-adik lelakinya tidak berputus-asa mengajak kakaknya untuk pergi bersahur di dataran walaupun tempat itu selalunya menjadi tarikan untuk majoriti yang hendak berbuka puasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji hubungan rapat wanita itu bersama adik-adiknya dan kerjaya masing-masing tidak mengubah hubungan adik-beradik ini bak kata pepatah ‘air dicincang takkan putus’.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.