(VIDEO) ‘Parking’ Kena ‘Rembat’, Netizen Puji Pemandu Rampas Tempat Parking Tapi Keluar Semula

Pada waktu sekarang, rata-rata pusat membeli-belah dipenuhi pengunjung kerana ramai yang sedang mencari persiapan raya untuk Syawal yang menjelang tiba.

Oleh itu, banyak tempat ‘parking‘ yang dipenuhi kereta dan untuk mencari tempat letak kereta adalah sangat terhad membuatkan ramai berebut untuk mendapatkan tempat.

Perkara itu dilalui oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai naqib.zulkifli, di mana rakaman ‘dashcam’ keretanya menunjukkan parking yang ditunggu tiba-tiba diambil oleh pemandu kereta yang lain.

@naqib.zulkifli

Geng tolak ansur gi main jauh-jauh @dashcammalaysia2021

♬ original sound – naqib.zulkifli – naqib.zulkifli

Menerusi video itu, pemandu berkenaan menunggu kereta yang sedia ada keluar daripada tempat parking, walau bagaimanapun setelah kereta tersebut keluar, tempat itu dengan serta merta dirampas oleh kereta lain.

Namun begitu, kereta yang merampas tempat parking itu keluar mengundurkan kereta setelah mendapati bahawa pemilik kepada video itu sedang menunggu untuk meletakkan kereta.

Beralih ke ruangan komen rata-rata netizen menceritakan pengalaman menghadapi insiden yang sama seperti berikut dan ada juga yang mengambil peluang untuk bergurau atas kejadian tersebut.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.